Bantuan Prihatin Nasional

Umum mengetahui semenjak perlaksanan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional kepada mereka yang memerlukan.

Penerima Bantuan Sara Hidup secara automatik akan mendapat BPN tanpa perlu membuat semakan semula, manakala yang tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup sebelum ini boleh mengemukakan rayuan untuk BPN pada kali ini.

Tapi tahukah anda apabila kita ingin mengisi borang BPN pastikan kita adalah betul-betul penerima yang layak. Kerana jika tidak anda akan disoal di akhirat kelak.

Mungkin disebabkan anda yang mampu, orang-orang yang betul-betul tidak mampu tidak mendapat peluang menerima BPN kerana bahagian orang yang tidak layak itu telah diambil oleh orang yang layak.

Jangan kita kufur nikmat Tuhan, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, jika kita terus dengan sikap meminta-minta sedangkan kita mampu, nanti suatu hari Tuhan betul-betul akan tarik nikmat anda yang sebenarnya.

Semoga kita menginsafi diri sendiri. Kepada yang telah mendapat BPN berjimat-cermatla kerana kita belum tahu sampai bila PKP ini akan berakhir walaupun jangkaan fasa ke-3 akan berakhir pada 28 April 2020. Mungkinkah akan ada fasa ke-4 dan seterusnya.

Berdoa dan terus berdoa sempena bulan Ramadhan yang akan datang pada hari Jumaat ini 24 April 2020. Ahlan Ya Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »