Kenyataan Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas Mengenai Isu Semasa

Salam semua… sepanjang tahun 2019, berbagai isu telah dimainkan oleh pihak pembangkang hingga ada isu isu sensitif telah dimainkan.

Apa yang menarik minat saya, adakah pentadbiran BN lebih bagus dari Pakatan Harapan? Jawapannya tentulah TIDAK.

Cuba kita lihat bgaimana setiap isu diangkat pada ketika BN memerintah. Pembangkang menjadi lidah resmi rakyat yang mahukan kesejahteraan. Rakyat diberikan maklumat jika ada kesalahan pihak kerajaan, ada penyelewengan dan salah laku. Ianya lebih bersikap menegur dan memperbetulkan. Tetapi sekarang pembangkang yang dulunya merupakan pemerintah telah menjadikan kerajaan sebagai musuh yang perlu ditewaskan saban hari. Isu isu yang remeh diperbesarkan seolah olah hanya mereka sahaja yang bijak mentadbir. Pembangkang seboleh bolehnya mahu rakyat semua marahkan kerajaan dalam isu isu yg dispekulasikan.

Media pembangkang terutama media sosial dan akhbar lidah resmi parti kononnya Islam, setiap hari memutarbelitkan fakta dan memfitnah kerajaan dgn isu isu lapok zaman Barisan Nasional. Sbg contoh
1. Kenaikan harga bawang ( zaman BN pun naik jugak)
2. Isu Dong Zong
3. Isu perjawatan dalam kerajaan
Dan lain lain isu.

Mereka cuba menafikan kebaikan dgn melebihkan fokus kpd isu yang remeh. Kenaikan harga sawit, pemulihan Tabung Haji, kemasukan pelabur baru FDI, Perlaksanaan skim kebajikan bawah B40, MySalam dan sebagainya…tidak pula diceritakan.

Pembangkang berpendapat adalah salah jika pembangkang mengangkat kejayaan kerajaan kepada rakyat.

Sistem penyampaian kerajaan juga wajib diperkemaskan. Menteri Penerangan perlu lebih pantas menyebarkan maklumat kepada rakyat bawahan. Cari jalan alternatif dan kreatif untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat di pendalaman. SKMM perlu memantau media sosial kerana banyak page atau laman fitnah diwujudkan.

Pihak penguasa agama negeri negeri juga perlu memantau semua masjid dan surau agar TIADA LAGI kuliah politik dibuat di dalam masjid atau surau.

Harapan saya agar 2020 akan membawa lebih banyak kemakmuran kepada segenap rakyat dan negara, bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan perpaduan rakyat Malaysia. Marilah kita jadikan tahun 2020 sebagai tahun membina semula negara yang kita cintai ini dengan semangat muhibbah dan toleransi. Jika berlaku permusuhan sehingga merosakkan negara spt di Syria, Hong Kong, Afghanistan dan lain lain negara yang kucar kacir, ianya bukan membawa kepada pembangunan dan kemakmuran, akan tetapi mengundang kehancuran.

SELAMAT TAHUN BARU 2020

Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Ketua Bahagian
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Kepala Batas
Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »