Persiapan Sebelum Pergi Umrah

23 Nov 2019

Saya berkesempatan untuk menunaikan umrah buat pertama kalinya di usia yang agak muda juga. Tiada dalam perancangan langsung untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat tapi jikalau itu jemputan dari Allah tiada yang dapat menghalangnya.

Dah la pi pertama kali lepas tu buat umrah DIY sendiri pulak tak ikut pakej ha macam mana tu jenuh jugak la kan. Kita ni negara Arab sekali pun tak pernah pi sebab Arab yang dok ada kat Malaysia pun dok rasa serabut perut saja depa ni.

Kebetulan ada kawan boleh buatkan visa umrah so mintak tolong dia buat cepat la pulak lulus, visa umrah ni sebulan saja Saudi bagi jadi dapatla visa 7 Nov 2019 – 8 Dec 2019. Harga visa umrah RM800 seorang. Nak buat visa umrah mesti ada mahram bagi perempuan. Masa tu tak pikiaq pun bila nak pi jadi kita tengok tiket 25 Nov tu ada tiket pi dan 5 Dec tu ada tiket balik. Kita pun book la tiket dulu. Beli tiket MAS direct flight ke Jeddah 9 jam dan balik dari Madinah 8 jam. Harga tiket RM3700 seorang all in.

Dah sudah dapat tiket, kita pun tengok booking.com, member suggest untuk duduk di Shaza Mekah 600 m dari Masjidil Haram dan Shaza Madinah 300m dari Masjid Nabawi. Harga bilik hotel untuk Mekah dan Madiah 12 malam RM5000. Make sure bayar hotel siap-siap supaya nanti kat sana tak kalut

Sehari sebelum fly tu ada jumpa orang kat City One Plaza lepas tu nampak la kedai jual barang untuk pergi umrah dan haji. Jadi kami beli la stocking yang ada tapak getah tu supaya tak licin dan sakit kaki, kain ihram, botol spray wuduk, baju t-shirt yand ada poket untuk letak duit dan passport 3 helai, seluar yang ada zip untuk letak duit 3 helai untuk warna putih dan hitam dan kain telekung. Semua sekali dalam RM400 untuk 2 orang la laki bini.

RM35 sesuai dipakai ketika Tawaf dan Saei oleh jemaah wanita

Malam sebelum berlepas ada buat kenduri doa selamat sikit panggil keluarga dan rakan-rakan terdekat. Dan yang paling penting jangan lupa minta maaf kat semua orang takut kita ada buat salah. Mintak je maaf tak rugi pun.

Persiapan rohani baca buku cara-cara nak buat umrah dan tengok video dari Ustaz Don dan Ustaz Abdullah Khairi. Tapi saya rasa tengok video lebih berkesan dari membaca sebab cara depa cerita dengan penuh penghayatan.

Disebabkan trip umrah ni dalam 14 hari jadi kita buat blog day by day sebab kalau combine 14 hari sekali satgi panjang sangat jenuh pulak nak baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »